Kegagalan pertama:
Kek minyak first sekali try buat keputusan memang menghampakan, Hancur hati tengok kek jadi bantat dan kecut seakan bunga yang layu.. Tapi tak pernah kecewa malah cuba bangun dari kesilapan cari punca kegagalan, Akhirnya mendapat jawapan.. Kek nie dah berkali-kali buat Alhamdulilah menjadi.. Masalah pun dapat diselesaikan.. So, kesimpulannya tak perlu mengalah "Bila kita gagal sekali, Kita bangun untuk sekian ribu kalinya".. Caiyokkk.. Caiyokk... :)
Kek minyak |
Blueberry muffin, First time buat memang fail habis.. Texture sedikit keras dan tak kembang(naik). Tapi sama juga, Cuba dan cuba lagi.. sikap tak putus asa akan membuahkan hasil yang baik. Kali kedua try, Alhamdulillah menjadi naik mengembang, texture pun cantik dan lembut.. Bak kata IRFAN KHAIRI "Kejayaan akan datang apabila, kita tidak berputus asa".. Take note :)
Blueberry Muffin |
Kegagalan Ketiga:
Kesekian kalinya, kegagalan menempa diri ini, punya la lama ambik masa nak corakkan buat mata, buat dot2, masukkan filling dah deko cantik2. Harapan jadinya pun cantik lah, Tapi sebaliknya sebelum kukus masih lagi nampak rupanya, selepas kukus rupa2nya hancur harapan macam rupa apam ladybug nie jugak.. Hihihihi.. Apa-apapun jangan mengalah. Lepas buat apam ladybug nie dah tak try buat lagi bukan sebab mengalah. Cuma duk buat masakan yang lain-lain.. Insyallah satu hari nanti akan cuba buat sampai jadi jugak.. Bak kata IRFAN KHAIRI "Kegagalan yang amat merugikan, adalah gagal dalam mencuba" So dalam apa jua situasi jangan mudah mengalah sebelum mencuba.. don't give up :)
Apam Ladybug |
P/S: "Kejayaan akan datang bila, kita tidak mengalah apabila gagal.. Bangkit dan terus bangkit, jangan duduk di takuk yang sama terlalu lama"..