FarahFieya Online Shop

FarahFieya Online Shop
KEKABU . BABY . KIDS . MATERNITY (PRODUK KEKABU BAYI DAN KANAK-KANAK NO 1 DI MALAYSIA)

Wednesday 29 January 2014

Homemade Pizza

Macam mana nak masak Pizza dari rumah ye??? (En Hubby dah request pizza). Mana nak cari resepi nie? Macam mana kita nak buat pizza yang sangat mudah dan kita xperlu pergi Pizza Hut @ Dominos Pizza (dah jimat duit kat sini). Terlalu banyak tanda tanya dan macam mana kan Pening arrr...(pinjam trademark shuib sepahtu.. Hihihi)  Maka disini mama safiya nak kongsikan resepi Homemade pizza yang tersangatlah mudah.. Selamat mencuba ye :)

Pada resepi pizza nie, mama safiya sertakan 2 jenis topping diatas piza iaitu :-
  1. Topping daging @ ayam kisar/cincang .
  2. Topping tuna. 

 

Bahan-bahan untuk doh pizza:-

  • 600gram tepung gandum (x kisah apa-apa jenama pun)
  • 1 paket Mauripan
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air suam secukupnya

Cara-cara untuk menguli:-

Doh pizza
  1. Campurkan semua bahan tadi ke dalam mixer @ besen. 
  2. Uli sampai lembut dan tepung x melekat di tangan.
  3. Tutupkan doh dengan kain lembab & Biarkan doh rehat beberapa minit hingga doh naik 2 kali ganda pada saiz yg asal.
  4. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. (ikut suka nak buat kecil atau besar)

 

Bahan-bahan untuk Topping:-

  • 4 Sudu besar Buttercup
  • 1 Labu bawang putih (dipotong dadu)
  • 3 Biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 Paket daging @ ayam kisar/cincang
  • 1 Sudu teh serbuk oregano
  • 4 Sudu besar sos cili
  • 2 Sudu besar sos tomato
  • 1 Tin prego traditional
  • Air
  • Garam

Cara-cara untuk memasak bahan Topping:-

Topping daging @ ayam kisar/cincang

  1. Panaskan Butter sampai cair kemudian tumiskan bawang putih & bawang besar yang telah dipotong dadu tadi sampai kekuningan @ naik bau.
  2. Masukkan daging @ ayam kisar/cincang kacau sehingga 80% masak.
  3. Masukkan sos prego traditional, serbuk oregano, sos cili, sos tomato, sedikit garam dan masukan sedikit air untuk di jadikan kuah (jangan terlebih air) apabila agak kering bolehlah tutup api dan sedia untuk ditopping di atas kulit pizza tadi.

Topping Tuna

Bahan-bahan disediakan terlebih dahulu
  • 1 Tin Tuna
  • Cendawan dalam tin (dipotong nipis)
  • Isi ketam
  • Sayur campur
  • Mozarella

Bahan-bahan untuk hiasan atas pizza:-

  • Cendawan dalam tin (dipotong nipis)
  • Hotdog
  • Nenas
  • Sayur campur
  • Mozarella

 Cara buat & hias keseluruhan pizza:-

  1. Ambil doh yang telah dibahagikan tadi & canaikan nipis-nipis letakkan dalam dulang pembakar.
  2. Doh yang telah dicanai nipis
  3. Sapukan sedikit minyak zaitun pada permukaan doh tadi.
    Sapukan sedikit minyak zaitun
  4. Masukkan Topping yang telah dimasak tadi pada keseluruhan permukaan doh.
  5. Ratakan pada keseluruhan permukaan
  6. Letak hiasan ikut kretiviti sendiri dan akhir sekali baru masukkan Mozarella.
  7. Setelah dihiaskan
  8. Setelah siap deko pizza tu boleh masukan dalam oven menggunakan api atas bawah dengan suhu 180 darjah celcius & masa 25 minit. ( Selalu pantau di tingkap oven untuk pastikan pizza x hangit atau x masak je..)


Memantau perkembangan pizza




Sedia untuk dihidangkan :)
Hubby yang ringan tulang :)





No comments:

Post a Comment