FarahFieya Online Shop

FarahFieya Online Shop
KEKABU . BABY . KIDS . MATERNITY (PRODUK KEKABU BAYI DAN KANAK-KANAK NO 1 DI MALAYSIA)

Thursday 20 February 2014

Kek Coklat Kukus Sedap Super Moist

Mai-mai, rapat-rapat, dekat-dekat hari nie mama safiya nak kogsikan resepi Kek Coklat Kukus Sedap Super Moist  meletup bomm bamm bomm bamm dalam mulut.. hahaha (Ayat poyo jugak la kannn)... 
Mai pakat cuba buat tak payah beli bukan susah tara mana pun nak buat pejam mata tengok dah siap. (Tu laki ja yang boleh pejam pun, kalau bini pun pejam sekali. Alamatnya x masak pulak kek tu kan.) hihihihi... 

Jom kita terjah resepi  Kek Coklat Kukus Sedap Super Moist...


DONE:)

Bahan untuk Kek :


Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
Caranya :
  1. Masukkan  semua bahan A ke dalam periuk. Kacau sampai sebati dengan mengunakan api yang kecil.
  2. Biarkan sejuk seketika.

 Bahan B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Caranya :
  1. Pukul telur sampai kembang. Masukkan Bahan A (yang telah di sejukan).
  2. Masukkan esen vanilla (pukul lagi)
  3. Masukkan Bahan B. kemudian kacau sampai sebati semuanya.
  4. Sapu majerin pada loyang terlebih dahulu (supaya mudah untuk keluarkan dari loyang nanti).
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. untuk pastikan wap tidak masuk dalam loyang kita boleh gunakan kain diikat pada tudung pengukus atau guna plastik untuk tutup keseluruhan loyang dan boleh juga kalau nak guna kertas foil. (kalau guna bekas plastik boleh guna penutupnya sahaja.)
  6. Pastikan air telah didihkan dulu sebelum masukkan loyang ke dalam pengukus.
  7. Kukus selama 1 jam 15 minit dengan menggunakan api yang sederhana. 
  8. Biarkan kek sejuk baru boleh keluarkan dari loyang.  
Siap di kukus

Bahan untuk topping (menggunakan coklat masakan)

  • 250gram coklat masakan (di potong kecil-kecil)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Caranya:
  1. Panaskan susu cair dan pekat dengan menggunakan teknik double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan butter kacau sampai cair.
  3. Curahkan separuh dari ganache yang masih panas ke atas kek hingga tertutup semua permukaan kek.
  4. Biarkan seketika untuk ganache meresap masuk ke dalam kek. Kemudian tuangkan semua ganache yang lebih tadi. 
  5. Masukkan kek dalam peti ais atau anda lebih suka makan kek panas2 gitu.. ikut selera anda k..

Bahan untuk topping (menggunakan serbuk koko)

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar  air panas
  • 1 susu besar butter/ marjerin

Caranya:
  1. Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler.
  2. Kacau sampai agak pekat dan sebati.
  3. Kemudian curahkan separuh dari ganache yang masih panas ke atas kek hingga tertutup semua permukaan kek.
  4. Biarkan seketika untuk ganache meresap masuk ke dalam kek. Kemudian tuangkan semua ganache yang lebih tadi.
Dalam proses menghias kek

*** Jika anda rasa macam pernah tengok je bekas plastik berbentuk hati tu, ini adalah terhasil  kerana saya adalah salah seorang peminat tegar anis chocolate moist

1 comment: