FarahFieya Online Shop

FarahFieya Online Shop
KEKABU . BABY . KIDS . MATERNITY (PRODUK KEKABU BAYI DAN KANAK-KANAK NO 1 DI MALAYSIA)

Tuesday 24 June 2014

Gagal VS Berjaya

Setiap apa yang kita impikan tak selalunya indah, banyak cabaran yang kita perlu tempuhi, Kejayaan tak kan datang begolek kat depan kita.. Usaha kan tangga kepada kejayaan.. Tapi kita tak perlu mengalah dan cepat melatah. Adat la hidup dalam cabaran, Orang kata pengalaman mematangkan kita.. So, kita perlu belajar dari kesilapan.. Sampai bila kita nak buat silap, jangan mudah menggalah, Bangun dari mimpi semalam dan hadapi kenyataan hari ini.. Kejayaan akan datang pada orang yang tak berputus asa.. Just, nak kongsikan antara kegagalan yang pernah berlaku berdasarkan pengalaman sendiri dalam masak memasak nie.. 


Kegagalan pertama:

Kek minyak first sekali try buat keputusan memang menghampakan, Hancur hati tengok kek jadi bantat dan kecut seakan bunga yang layu.. Tapi tak pernah kecewa malah cuba bangun dari kesilapan cari punca kegagalan, Akhirnya mendapat jawapan.. Kek nie dah berkali-kali buat Alhamdulilah menjadi.. Masalah pun dapat diselesaikan.. So, kesimpulannya tak perlu mengalah "Bila kita gagal sekali, Kita bangun untuk sekian ribu kalinya"..  Caiyokkk.. Caiyokk... :)


Kek minyak
Kegagalan Kedua: 

Blueberry muffin, First time buat memang fail habis.. Texture sedikit keras dan tak kembang(naik). Tapi sama juga, Cuba dan cuba lagi.. sikap tak putus asa akan membuahkan hasil yang baik. Kali kedua try, Alhamdulillah menjadi naik mengembang, texture pun cantik dan lembut.. Bak kata IRFAN KHAIRI "Kejayaan akan datang apabila, kita tidak berputus asa".. Take note :)  



Blueberry Muffin
 
Kegagalan Ketiga:

Kesekian kalinya, kegagalan menempa diri ini, punya la lama ambik masa nak corakkan buat mata, buat dot2, masukkan filling dah deko cantik2. Harapan jadinya pun cantik lah, Tapi sebaliknya sebelum kukus masih lagi nampak rupanya, selepas kukus rupa2nya hancur harapan macam rupa apam ladybug nie jugak.. Hihihihi.. Apa-apapun jangan mengalah. Lepas buat apam ladybug nie dah tak try buat lagi bukan sebab mengalah. Cuma duk buat masakan yang lain-lain.. Insyallah satu hari nanti akan cuba buat sampai jadi jugak.. Bak kata IRFAN KHAIRI "Kegagalan yang amat merugikan, adalah gagal dalam mencuba" So dalam apa jua situasi jangan mudah mengalah sebelum mencuba.. don't give up :)

Apam Ladybug
 
P/S: "Kejayaan akan datang bila, kita tidak mengalah apabila gagal.. Bangkit dan terus bangkit, jangan duduk di takuk yang sama terlalu lama"..


 

Tuesday 4 March 2014

Roti Puri Chesee Gebu

Boring la asyik sarapan pagi nasi lemak depan sekolah ja. Apa kata kita buat sarapan sendiri kan senang suami pun makin sayang. Meh try resepi terbaru!!!! Selalu orang duk buat roti puri tanpa Cheese. Hari nie kita olah resepi tu kita cuma tambah cheese ja... 1,2,3 Cheese Clickkk.. Hihihihihi...




Roti Puri Chesee Gebu




Bahan-bahan:

  • 500 Gram Tepung Gandum ( Di ayak terlebih dahulu)
  • 1/2 Peket mauripan dibancuh dengan air suam
  • 2 Sudu besar minyak zaitun (dipanaskan)
  • 2 Sudu besar mentega
  • 1 Sudu kecil garam
  • 1 Sudu kecil gula
  • Air secukupnya untuk menguli ( tuang sedikit demi sedikit)
  • Chesse cheedar keping


Caranya:

  1. Uli semua bahan sampai jadi doh. (kecuali Chesse cheedar)
  2. Kemudian bulatkan kecil2.
  3. Biarkan sekejap selama 15 minit (Sementara perap doh tu boleh buat sardin atau kari untuk dijadikan kuah untuk dicicah bersama roti puri chesse gebu)
  4. kemudian canai doh macam canai kulit karipap tu letakkan Chesse cheedar. (Letak cheese macam roti nan tu)
  5. Goreng degan minyak yang banyak.
  6. Semasa mengoreng siram minyak panas di atas roti supaya dapat hasil yang kedebambom.

*** Gunakan api yang sederhana & kena pandai control api taw.. Kalau api terlalu panas roti puri tu akan jadi berjerawat dan masak tak sekata. (cepat hangit)


Friday 28 February 2014

Cheese cake leleh

Cheese cake leleh, memang sedap.. Bila dimakan sejuk2 dan cair didalam mulut, kemanisan yang menambat rasa, Sapa pernah makan cer angkat tanggan sikit.. Meh kita try buat sendiri.. semudah A.B.C.. Selamat mencuba :)



Bahan untuk kek:
  •   6 biji telur ayam (buang 2 biji telur putih)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung superfine (**)
  • 60 gram tepung jagung (**)
  • 50 gram air sejuk ( dari peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder (**)
  • 2 sudu makan ovelete
  • 75 gram mentega (dicairkan atas api kecil) 
# Ayak bahan yang bertanda (**)

Caranya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair kemudian putarkan. (Masukkan tepung sedikit sedikit)
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sampai pekat dan bertukar warna menjadi putih.
  3. Akhir sekali, masukkan mentega cair dan putar sampai sebati dan pekat.
  4. Sapu acuan dengan mentega atau alaskan dengan baking paper.
  5. Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 50 minit dengan suhu 160 darjah celcius. ( ikut suhu oven masing2)
  6. Biarkan sejuk kemudian potong kepada dua bahagian untuk letakkan cream cheese.

Bahan untuk krim :
  • 250 gram cream cheese tatura
  • 1/2 tin susu pekat manis 
  • 60 ml whipping cream
 Caranya:
  1. Putarkan sehingga cream cheese tidak berketul-ketul sampai sebati bersama susu dan whipping cream.
  2. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi diatasnya.
  3. Sapukan lebihan krim tadi sehingga menutupi keseluruhan kek.

Bahan untuk topping :
  • 1/2 kraft cheddar cheese (diparut halus)
  • Gula Hiasan (ikut suka nak letak ke tak)

 Caranya:
  1.  Taburkan cheese kraf yang telah diparut menutupi keseluruhan kek dan taburkan gula hiasan.
  2. Masukkan dalam peti ais sejam dua. Kemudian sedia untuk dimakan.

Thursday 20 February 2014

Kek Minyak Gebu Tak Ingat

Cara nak buat kek minyak gebu tak ingat ( kalau x ingat tu maknanya lupa la kan, tapi x mau lupa resepi pulak, cuma lupakan hal yang x berkenaan sampaikan penat kepala otak kita duk pikiq hari-hari tu xpa la kan..) hihihi.. Okey lupakan hal tu jom kita teruskan membaca dan semarakan semangat berkobar-kobar nak buat kek. Bila kita boleh lihat hasil kerja & ayaq tangan kita terus hilang penat lelah semua.. Senyum memanjang ja..

Ha nie dia resepi Kek Minyak Gebu Tak Ingat tu. Selamat mencuba :)


Siap di corakkan dan sedia untuk dimasukkan dalam oven

Bahan-bahan :


  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovallet
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna (ikut suka warna apa pun tak kisah.)


    Bahgikan kepada 4 warna

Caranya :


  1. Pukul telur, gula dan ovallet sampai gebu.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla.
  3. Masukkan minyak masak dan pukul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
  5. Bahagikan ikut warna. 
    Selang selikan adunan
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Selang selikan adunan dalam loyang ikut warna sampai habis adunan. Untuk pastikan wap tidak masuk dalam loyang kita boleh gunakan kain diikat pada tudung pengukus atau guna plastik untuk tutup keseluruhan loyang dan boleh juga kalau nak guna kertas foil. (kalau guna bekas plastik boleh guna penutupnya sahaja.)
  7. Kalau hendak kukus ambik masa 45-50 minit guna api kecil (pastikan air di didihkan terlebih dahulu)
  8. Kalau hendak bakar ambik masa 30 minit dengan suhu 160 darjah celcius.

Kek Coklat Kukus Sedap Super Moist

Mai-mai, rapat-rapat, dekat-dekat hari nie mama safiya nak kogsikan resepi Kek Coklat Kukus Sedap Super Moist  meletup bomm bamm bomm bamm dalam mulut.. hahaha (Ayat poyo jugak la kannn)... 
Mai pakat cuba buat tak payah beli bukan susah tara mana pun nak buat pejam mata tengok dah siap. (Tu laki ja yang boleh pejam pun, kalau bini pun pejam sekali. Alamatnya x masak pulak kek tu kan.) hihihihi... 

Jom kita terjah resepi  Kek Coklat Kukus Sedap Super Moist...


DONE:)

Bahan untuk Kek :


Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
Caranya :
  1. Masukkan  semua bahan A ke dalam periuk. Kacau sampai sebati dengan mengunakan api yang kecil.
  2. Biarkan sejuk seketika.

 Bahan B
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Caranya :
  1. Pukul telur sampai kembang. Masukkan Bahan A (yang telah di sejukan).
  2. Masukkan esen vanilla (pukul lagi)
  3. Masukkan Bahan B. kemudian kacau sampai sebati semuanya.
  4. Sapu majerin pada loyang terlebih dahulu (supaya mudah untuk keluarkan dari loyang nanti).
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. untuk pastikan wap tidak masuk dalam loyang kita boleh gunakan kain diikat pada tudung pengukus atau guna plastik untuk tutup keseluruhan loyang dan boleh juga kalau nak guna kertas foil. (kalau guna bekas plastik boleh guna penutupnya sahaja.)
  6. Pastikan air telah didihkan dulu sebelum masukkan loyang ke dalam pengukus.
  7. Kukus selama 1 jam 15 minit dengan menggunakan api yang sederhana. 
  8. Biarkan kek sejuk baru boleh keluarkan dari loyang.  
Siap di kukus

Bahan untuk topping (menggunakan coklat masakan)

  • 250gram coklat masakan (di potong kecil-kecil)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Caranya:
  1. Panaskan susu cair dan pekat dengan menggunakan teknik double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan butter kacau sampai cair.
  3. Curahkan separuh dari ganache yang masih panas ke atas kek hingga tertutup semua permukaan kek.
  4. Biarkan seketika untuk ganache meresap masuk ke dalam kek. Kemudian tuangkan semua ganache yang lebih tadi. 
  5. Masukkan kek dalam peti ais atau anda lebih suka makan kek panas2 gitu.. ikut selera anda k..

Bahan untuk topping (menggunakan serbuk koko)

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar  air panas
  • 1 susu besar butter/ marjerin

Caranya:
  1. Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler.
  2. Kacau sampai agak pekat dan sebati.
  3. Kemudian curahkan separuh dari ganache yang masih panas ke atas kek hingga tertutup semua permukaan kek.
  4. Biarkan seketika untuk ganache meresap masuk ke dalam kek. Kemudian tuangkan semua ganache yang lebih tadi.
Dalam proses menghias kek

*** Jika anda rasa macam pernah tengok je bekas plastik berbentuk hati tu, ini adalah terhasil  kerana saya adalah salah seorang peminat tegar anis chocolate moist